Pergi ke kandungan

Penyebaran Islam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Penyebaran Islam ke luar Semenanjung Arab bermula tidak lama selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. pada 632 M. Semasa hayatnya, masyarakat Islam, atau ummah, diasaskan di Semenanjung Arab melalui pemelukan agama Islam dan penguasaan wilayah. Pada abad pertamanya, penukaran agama ke Islam mengikuti pengembangan pantas dunia Islam di bawah Khulafa al-Rasyidin dan Kerajaan Bani Umayyah.

Wangsa Muslim kemudian diasaskan dan empayar-empayar seperti Abbasiyyah, Al-Murabitun, Turki Seljuk, Mughal di India, Safawiyah di Parsi dan Uthmaniyyah merupakan antara yang terbesar dan paling berkuasa di dunia. Dunia Islam terdiri daripada banyak sekali pusat canggih kebudayaan dan sains dengan rangkaian meluas perdagangan, pelancong, ahli sains, ahli astronomi, ahli matematik, doktor dan ahli falsafah, semuanya yang menyumbang kepada Zaman Kegemilangan Islam.

Aktiviti ummah awal kuasi-politik ini menyebabkan penyebaran Islam dari Makkah hingga sejauh China dan Indonesia, di mana terdapat jumlah Muslim teramai di dunia kini. Setakat Oktober 2009, terdapat 1.571 bilion Muslim,[1] menjadikan Islam agama kedua terbesar di dunia.[2]

  1. ^ http://pewforum.org/uploadedfiles/Topics/Demographics/Muslimpopulation.pdf Diarkibkan 2011-05-19 di Wayback Machine m/s. 4
  2. ^ "Major Religions of the World—Ranked by Number of Adherents". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-22. Dicapai pada 2007-07-03.