Pergi ke kandungan

Albany, New York

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Albany, New York
Ibu negeri New York
NegaraAmerika Syarikat
NegeriNew York
Keluasan
 • Jumlah21.93 batu persegi (56.81 km2)
Aras
377 ft (115 m)
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah97,856
 • Kepadatan4,587.2/batu persegi (1,771.11/km2)
Zon waktuUTC-5 (EST)
 • Musim panas (DST)UTC-4 (EDT)
Laman sesawanghttp://www.www.albanyny.gov

Albany (AFA: /ˈɔːlbəni/) ialah ibu negeri New York, Amerika Syarikat di Daerah Albany.

Albany terletak di kira-kira 240 km dari utara Bandar Raya New York di sepanjang Sungai Hudson. Kawasan persekitaran Albany memperlihatkan pelbagai ciri demografik, geografi, seni bina dan sejarah.[1] Menurut sejarah, penduduk Albany berbilang kaum. Kedudukan Albany yang terletak hampir di tengah-tengah Bandar Raya New York di Selatan dan Montreal di Utara, dan juga kira-kira 4.5 jam dari timur Buffalo dan 2.5 jam dari Boston, menjadikannya persinggahan mudah untuk artis dan penghibur yang menjelajahi seluruh negara.

Daerah Sekolah Bandar Albany (CSDA) mengendalikan sistem sekolah awam di sini yang terdiri daripada 17 sekolah dan pusat pendidikan, termasuk 7 sekolah separa awam. Ekonomi Albany, bersama-sama dengan Daerah Capitol secara umumnya, sangat bergantung pada kerajaan, perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan sejak kebelakangan ini, pada teknologi. Albany ditadbir dengan bentuk kerajaan ketua bandar-majlis, yang beroperasi bawah Charter Dongan yang dilaksanakan pada tahun 1686 apabila Albany dibangunkan sebagai bandar. Seperti kebanyakan bandar yang mempunyai saiz atau usia yang serupa, Albany didiami masyarakat Kristian Ortodoks, Katolik, Protestan dan Yahudi. Times Union ialah surat khabar harian utama Albany dan satu-satunya pertubuhan yang berpusat berdekatan bandar. Tiada pasukan sukan profesional liga besar-besaran di Albany, dan pasukan liga kecil-kecilannya mendapat kurang sokongan.

  1. ^ "Albany's Neighborhoods". City of Albany. Dicapai pada 2010-07-06.