Bandar Raya Oklahoma
Oklahoma City, Oklahoma Bandar Raya Oklahoma | |
---|---|
Negara | Amerika Syarikat |
Negeri | Oklahoma |
Keluasan | |
• Jumlah | 620.34 batu persegi (1,606.67 km2) |
Aras | 1,201 ft (366 m) |
Penduduk (2010) | |
• Jumlah | 579,999 |
• Kepadatan | 900/batu persegi (360/km2) |
Zon waktu | UTC-6 (CST) |
• Musim panas (DST) | UTC-5 (CDT) |
Laman sesawang | http://www.okc.gov/ |
Bandar Raya Oklahoma atau Kota Oklahoma (bahasa Inggeris: Oklahoma City) ialah ibu negeri dan bandar terbesar negeri Oklahoma di Amerika Syarikat. Ia merupakan antara kota-kota besar yang terletak di kawasan dataran rumput Great Plains yang merangkumi rantau tengah benua Amerika Utara termasuk negeri-negeri Oklahoma sendiri, Kansas, Nebraska, Dakota Utara dan Dakota Selatan.
Ia mempunyai pasaran ternakan antara yang terbesar di dunia.[1] Kota ini terletak di suatu padang yang mempunyai sumber minyak bawah tanah yang banyak, maka pendapatan kota ini sangat bergantung kepada kegiatan penggalian petroleum, gas asli serta industri-industri berkaitan.
Bandar raya ini berada di tengah-tengah kawasan yang berkecerungan dilanda puting beliung, ia sendirinya telah dilanda bencana sedemikian sebanyak 13 kali sejak kegiatan mencatat kaji cuaca sekitaran mula dilakukan di bandar raya tersebut.[2]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Bandar raya ini pada asalnya terdiri daripada beberapa kawasan tanah milik orang-orang asli puak Creek (Muskogee) dan Seminole serta kawasan tiada bertuan (Unassigned Lands - "tanah tiada hak milik") yang diserahkan kepada pemerintah Kesatuan berikutan tamatnya Perang Saudara Amerika; kawasan-kawasan ini kemudiannya dibuka kepada petempatan para pendatang dari Timur menerusi suatu kerubut tanah (The Land Run)[3] lalu sebuah kota mula ditubuhkan pada 22 April 1889.[4] Sebanyak 10,000 orang peladang (homesteader) segera bertumpu ke kawasan dibuka ini untuk membina kediaman dan petempatan di sini; kependudukan kawasan ini meningkat dua kali ganda dalam masa sedekad dari tahun 1890 hingga 1900.[5]
Geografi
[sunting | sunting sumber]Topografi
[sunting | sunting sumber]Bandar Raya Oklahoma mempunyai keluasan sebanyak 620.34 batu persegi (1,606.7 km2).[6] 601.11 batu persegi (1,556.9 km2) daripadanya ialah tanah manakala 19.23 batu persegi (49.8 km2) yang selebihnya ialah air - jasad-jasad air yang diliputi dalam kawasan ini ialah sebuah sungai bernama Sungai Kanada Utara (North Canadian River) atau Sungai Oklahoma (Oklahoma River - dalam batasan lingkungan kota) serta tiga tasik iaitu Tasik Hefner, Tasik Overholser (di kawasan barat laut kota) dan Tasik Stanley Draper (di kawasan tenggara kota).
Bandar raya ini terletak di salah satu koridor utama ke Texas dan Mexico, dan melibatkan pemanduan selama 3 jam dari kawasan metropleks Dallas-Fort Worth.
Iklim dan suhu
[sunting | sunting sumber]Bandar raya ini beriklim subtropika lembap (Pengelasan iklim Köppen: Cfa) di mana ia mengalami musim panas yang lembap serta musim sejuk yang dingin dengan salji yang sederhana. Tiupan angin yang sederhana dari arah selatan dan tenggara negeri mengurangkan kepanasan yang dialami semasa musim panas manakala musim sejuk akan sering menguat dengan adanya angin kuat dari arah utara. Malah, ribut salji dan ribut ais kadangkalanya ada berlaku sewaktu musim sejuk.
Suhu pukul rata bandar raya ini disukat sekitar 61.4 °F (16.3 °C), with the monthly daily average ranging from 39.2 °F (4.0 °C) pada bulan Januari sehingga 83.0 °F (28.3 °C) pada bulan Julai. Suhu paling rendah diukur ialah −17 °F (−27 °C) pada 12 Februari 1899 sewaktu ribut salji yang berlaku pada tahun tersebut manakala suhu tertinggi dicatat ialah 113 °F (45 °C) pada Ogos 11 1936 dan 3 Ogos 2012 (ketika berlakunya suatu gelombang panas pada tahun tersebut).[7] Kerpasan yang ditadah secara bertahunan ialah sebanyak 35.9 inci (91.2 cm) di mana 8.6 inci (21.8 cm) daripadanya ialah salji.
Ekonomi
[sunting | sunting sumber]Ekonomi Bandar Oklahoma, yang terdahulunya hanya pusat setempat bagi kerajaan dan penerokaan tenaga, telah dipelbagaikan untuk merangkumi sektor teknologi maklumat, perkhidmatan, perkhidmatan kesihatan dan pengurusan. Oklahoma menempatkan beberapa pasukan sukan profesional, termasuk Oklahoma City Thunders daripada Persekutuan Bola Keranjang Negara. Salah satu mercu tanda terkemuka di pusat bandarnya ialah Jambatan Hablur di Taman Botani Myriad, iaitu sebuah taman perbandaran pusat bandar yang besar. Bandar Oklahoma dikendalikan bawah jenis bandar kerajaan majlis-pengurus sejak tahun 1927.
Demografi
[sunting | sunting sumber]Bandar kembar
[sunting | sunting sumber]Bandar raya ini mempunyai tujuh bandar kembar yang sah:[8]
- Haikou, China[9][10]
- Puebla, Mexico
- Rio de Janeiro, Brazil
- Tainan, Taiwan
- Taipei, Taiwan
- Ulyanovsk, Rusia
- Yehud-Monosson, Israel
- Kigali, Rwanda
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Knapp, Adam. Stockyards City district at About.com (Retrieved April 29, 2010)
- ^ "Tornadoes Which Have Occurred in the Oklahoma City, Oklahoma Area Since 1890". National Weather Service Norman Oklahoma. Dicapai pada December 8, 2015.
- ^ Wilson, Linda D. "Oklahoma City Diarkibkan 2011-05-25 di Wayback Machine," Encyclopedia of Oklahoma History and Culture Diarkibkan Februari 1, 2015, di Wayback Machine. Retrieved January 26, 2010.
- ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada Februari 21, 2014. Dicapai pada Januari 29, 2014. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan)CS1 maint: archived copy as title (link) - ^ Wilson. Encyclopedia of Oklahoma History and Culture Diarkibkan Februari 1, 2015, di Wayback Machine
- ^ "About Oklahoma City". okc.gov. Diarkibkan daripada yang asal pada Februari 23, 2016. Dicapai pada Februari 25, 2016. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "Climatological averages and records" NWS Norman, Oklahoma. Retrieved August 22, 2012.
- ^ http://sister-cities.org/interactive-map/Oklahoma%20City,%20Oklahoma Diarkibkan April 13, 2015, di Wayback Machine Sister Cities International (Oklahoma City)
- ^ "Sister Cities Haikou-Oklahoma City" (PDF). sister-cities.org.
- ^ P.C., Net. "Gdynia – International Gdynia – International co-operation of Gdynia". www.gdynia.pl. Diarkibkan daripada yang asal pada October 19, 2016. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan)