Qalqilyah
Qalqilyah (Arab: قلقيلية Qalqīlyaḧ atau شارع جلجولية (Syarik Jaljulyah); bahasa Ibrani קַלְקִילִיָה) ialah sebuah bandar yang terletak di Tebing Barat, Palestin. Bandar ini merupakan bandar di Tebing Barat yang paling dekat dengan Laut Tengah. Pada tahun 2006, badar ini memiliki populasi sebesar 38,000 orang.
Ekonomi
Di antara tahun 1967-1995 hampir 80 peratus masyarakat Qalqilya bekerja untuk perusahaan dan industri Israel di sektor pembinaan dan pertanian, dan 20% lainnya bekerja dalam bidang perdagangan dan komersil.
Politik
Pemerintah kota Qalqilyah merupakan sebahagian dari kawasan pentadbiran Hamas. Ketua bandar ini baru saja dilepaskan dari penjara Israel.
Namun, Kegabenoran Qalqilya adalah 1 dari 3 governorat di mana Fatah menang melawan Hamas pada pilihan raya Palestin tahun 2006.
Rujukan
Palestine, Mariam Shahin and George Azar 2005, ISBN 1-56656-557-X
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Qalqilyah |